Keratan akhbar di atas diperoleh daripada Berita Harian Online yang bertajuk " Pengawai polis di sekolah langkah proaktif tangani isu disiplin". Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah disiplin, mahupun jenayah dalam kalangan pelajar dengan menempatkan pegawai mereka di setiap sekolah. Setakat ini, mereka ada seramai 170 PSS yang mereka tempatkan di sekolah jadi kerjasama ini dijalinkan secara terus dengan pihak pengurusan sekolah. Katanya melalui PSS ini, Polis Daerah Petaling Jaya juga akan dapat mengesan sebarang salah-laku, masalah disiplin atau elemen kegiatan jenayah dikesan sebelum tindakan segera diambil. Selain itu, pihak ibu bapa juga rasa program PSS ini sangat bagus sebab dapat memastikan segalanya terkawal dari segi disiplin anak di sekolah selain keselamatan anak-anak mereka.
Menurut peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:" Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah" dan bagi maksud itu hendaklah "mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu". Pengurusan disiplin juga bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat. Pihak sekolah berhak memberi hukuman kepada murid yang melangkah peraturan tetapi terdapat hukuman yang dilarang sebab iaitu berbentuk penyeksaan, berbentuk cacian dan liar dan melampau.
Terdapat satu laman yang akan merekodkan data dan rekod setiap murid di sekolah.
Ini akan membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
评论
发表评论