Keratan ini diperoleh daripada berita Bernama, berita ini bertajuk "Lima inisiatif untuk kurangkan beban tugas guru". Isi dalam artikal ini ialah Kementerian Pendidikan menggariskan lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru yang mula dilaksanakan pada Januari tahun ini.
Inisiatif yang pertama ialah memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi melalui tiga intervensi iaitu Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia,dan pelaporan pentafsiran bilik darjah (PBD). Bagi pengurusan SPBT, kementerian menambah baik proses perekodan yang mana guru tidak perlu menulis perolehan, pengurangan bilangan fail dan pengisian maklumat secara digital (softcopy).
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada tahun1975, Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
Matlamat SPBT ialah memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula. Seterusnya objektif SPBT ialah meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Di samping itu, fungsi SPBT ialah melaksanakan SPBT bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
评论
发表评论