Bab 11 Pengurusan Pelbagai Budaya


Cabaran pendidikan silang budaya ialah salah satu isu yang hangat di kalangan sekolah, bukan senang untuk memupuk perpaduan dalam satu sekolah yang berbilang kaum dan budaya.

Keratan di atas menunjukkan satu berita daripada Utusan Online yang bertajuk " Cabaran Pendidikan Silang Budaya". Dalam berita ini mengatakan mengintegrasikan penduduk Malaysia yag terdiri daripada pelbagai latar sosiobudaya adalah cabaran semenjak kemerdekaan negara. Dalam bidang pendidikan, Penggubalan kurikulum standard, Penubuhan Sekolah Wawasan, pengenalan pembelajaran bahasa ketiga, Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) serta kurikulum untuk perpaduan adalah antara usaha-usaha yang dilakukan sejak dari dulu lagi. Konsistensi penekanan kepada perpaduan murid dalam kerangka pendidikan negara merentasi zaman yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan adalah amat dibanggakan. Dalam kesemua pelan pendidikan semenjak kemerdekaan, usaha penyatupaduan kaum akan menjadi teras.


Pelbagai budaya merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.


Prinsip pendidikan pelbagai budaya yang berkesan ialah harus termasuk dalam setiap kurikulum dan meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif. Seterusnya, populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
 
Terdapat 3 dasar pendidikan yang mengenai pelbagai budaya iaitu, Laporan Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (!951) dan Ordinan Pendidikan (1952). 



评论