Bab 2 Interaksi dan Pembelajaran

Tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling.

                                   


Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.

Sosialisasi dibahagi kepada 3 jenis, Sosialisasi Primer, Sosialisasi Sekunder dan Sosialisasi Resosialisasi. Sosialisasi Primer berlaku dalam keluarga, kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan bahasa. Sosialisasi Sekunder berlaku di luar lingkungan keluarga. Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan, guru dan media massa. Sosialisasi Resosialisasi merupakan proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai yang sedia ada. Sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia. Sosialisasi berlaku antara seorang individu murid dengan guru dan rakan.

                                                 


Guru sebagai model bagi muridnya, oleh itu mempunyai beberapa ciri supaya boleh menjadi sesorang yang dapat menjadikan teladan murid. Penampilan dan bahasa tubuh amat penting. Seorang guru perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika berpakaian. Bahasa tubuh menyampaikan mesej kepada murid mengenai perwatakan dan kewibawaan sebagai guru. Tingkah laku yang sopan, berhemah tetapi tegas, ikhlas semasa mengajar dan menggalakkan semangat kekitaan dan prihatin terhadap semua murid.

Terdapat 3 jenis interaksi. Yang pertama ialah interaksi sehala. Guru sebagai pemberi matlumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat. Murid sebagai pasif, jarang berkomunikasi dengan murid atau murid yang lain. Seterusnya, interaksi dua hala. Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Murid akan bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Tapi masih tiada interakasi antara murid. Interaksi yang ketiga ialah interaksi kumpulan. Interaksi ini aktif berlaku antara guru dan murid. Guru bertindak sebagai fasilitator dan murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi. Interaksi ini menwujudkan kerjasama, hormat-menghormati toleransi, bertukar fikiran, dan tolong menolong.

评论