Bab 5 Pengurusan Murid


Keratan di atas ialah pekeliling yang bertajuk "Pekeliling Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid di Sekolah".

Pengurusan rekod kehadiran murid ini merupakan salah satu perkara penting dalam pentadbiran hal ehwal murid di sekolah. Rekod ini merupakan rekod yang rasmi yang perlu disimpan dengan baik oleh pihak sekolah. Bermula tahun 2019, semua rekod kehadiran murid perlu diisi dengan menggunakan sistem kehadiran murid dan tidak perlu lagi diisi pada buku Jadual Kedatangan Murid. Bagi sekolah yang tiada capaian internet, pihak sekolah perlu memohon kepada Pegawai Pendidikan Daerah attau Pengarah Pendidikan Negeri untuk menggunakan Jadual Kedatangan Murid bagi merekod kehadiran murid.

Pengurusan murid ialah topik 5 yang kita pelajari dalam kursus Pengurusan Pembelajaran. Selain rekod kehadiran murid, pengurusan murid juga melibatkan dalam kesediaan belajar dan motivasi. Kesediaan belajar ialah keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Kesediaan belajar mempunyai tiga aspek iaitu, kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh itu, guru perlu ada pengetahuan mengenai keperluan murid. Guru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Kepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza setiap murid dalam bilik darjah. Seterusnya, motivasi. Guru bertanggungjawab dalam memotivasikan muridnya. Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa bersungguh-sungguh.


评论