Keratan akhbar di atas diperoleh daripada Berita Harian Online yang bertanjuk "41 pengetua cemerlang di sekolah berprestasi rendah".
Dalam berita ini menyatakan bahawa seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempat di sekolah "harapan" di seluruh negara. Mereka adalah kumpulan pertama di bawah projek Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meningkatkan prestasi sekolah. Kumpulan sulung ini akan ditempatkan di sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan sekolah selama tiga tahun.
Penempatan pengetua berpresatasi cemerlang di sekolah berpresatsi rendah atau sekolah mencabar di bawah program itu adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepemimpinan pengetua di sekolah terdahulu. Penempatan ini juga adalah suatu kepercayaan iaitu amanah diberikan oleh KPM kepada pemimpin sekolah yang cemerlang dengan harapan tinggi supaya membawa perubahan lebih baik ke sekolah berprestasi rendah.
Keratan akhbar ini berkaitan dengan topik "Kepimpinan dan Organisasi" KPS kita. Pengetua memainkan peranan yang penting dalam sesebuah sekolah. Pengetua bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan korkurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran. Selain itu, pengetua juga bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah dan mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
评论
发表评论