Pengurusan merupakan proses merancang, mengelola, memimpin, dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984).
Kepentingan pengurusan ialah menambah pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru, menambahkan produktiviti dan mendapatkan keredaan Allah.
Perspektif pengurusan terdapat dua iaitu pengurusan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid. Manakala pengurusan sekolah memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunya oleh pengurus organisasi lain.
Terdapat 3 strategi pengurusan pembelajaran iaitu berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan guru ialah guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dan mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. Strategi berpusatkan pelajar ialah pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Strategi berpusatkan bahan ialah guru menggunakan buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, komputer, pusat sumber dan sebagainya untuk menjalankan pengajarannya.
Pembelajaran merupakan proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolfolk, 1995). Menurut Shahabuddin et. al, 2006, prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam bilik
darjah.
Terdapat beberapa prinsip pembelajaran seperti kesediaan pembelajaran, pengalaman, latihan, kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid dan unsur dorongan. Selain itu, faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah kematangan fizikal, mengekalkan perhatian, dorongan, sosial dan persekitaran dan pengalaman sedia. Perkara yang dinyatakan atas boleh mempengaruhi kesediaan belajar seseorang.
评论
发表评论