Bab 14 Pengurusan Alam Pembelajaran



Keratan berita ini diperoleh daripada Berita Harian Online yang bertajuk " Pembelajaran abad ke-21 mudahkan pelajar, guru". Berita ini mengatakan bahawa Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) ternyata memberi banyak kelebihan dan kemudahan kepada guru. pelajar dan ibu bapa sama ada di bandar mahupun luar bandar. Seorang guru, Saifulnizan Ismail berkata teknologi melalui Frog VLE ini lebih sistematik dan interaktif untuk menarik perhatian pelajar memahami subjek tertentu.


Menerusi projek 1BestariNet, semuanya lebih mudah, menarik dan pada masa sama pelajar tidak dibebani dengan buku teks dan sebagainya kerana mereka belajar menerusi alam maya. Guru-guru juga mudah kerana boleh memantau latihan diberikan di mana-mana saja. Selain itu, ia juga memudahkan guru untuk mendapatkan bahan berikutan platform ini selamat dan sistematik digunakan oleh semua yang terbabit.

Pada pandangan saya, penggunaan Frog VLE memang lebih mudah untuk guru dan pelajar. Kali pertama saya mendengar Frog VLE ialah pada sekolah menengah saya, sekolah mengajar kita cara bagaimana menggunakan Frog VLE ini. Pelaksanaan penggunaan Frog VLE ini tidak aktif sangat dalam sekolah saya, guru masih memberi tugasan dan latihan dalam kelas tanpa menggunakan Frog VLE ini.

Saya rasa Frog VLE ini ialah satu tapak yang baik untuk mengajar dan belajar selain daripada kelas. Guru boleh memberi latihan dalam Frog VLE dan pelajar boleh bertanya soalan yang tidak faham dalam tapak ini juga,ini juga akan menjalin hubungan antara guru dengan pelajar.


评论