Keratan ini bertajuk " Pihak pengurusan sekolah diminta menwujudkan persekitaran pembelajaraan yang lebih kondusif". Isi kandungan dalam artikal ini mengatakan pihak pengurusan sekolah diminta menwujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif demi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar lebih selesa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsuddin Yahya berkata, pembudayaan sekolah yang kondusif mampu menghasilkan suasana yang harmoni, ceria, dan semangat kepada murid serta guru. Menurutnya, suasana berkenaan bukan sahaja menyeronokkan, memberi motivasi, moral, kreatif, tetapi mendukung pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus di sesebuah sekolah.
Program 3K amat penting untuk sesebuah sekolah. 3K komponen utama ialah kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Sebuah sekolah perlu mempunyai 3 aspek ini supaya kanak-kanak boleh belajar dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Program 3K merupakan sebahagian daripada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang diwujudkan untuk meyatupadu dan menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan aspek kebersihatan, keceriaan, kesihatan dan keselamatan sekolah. Program 3K merupakan satu usaha menggabung jalin semua aktiviti berkaitan peningkatan kesedaran ke arah taraf yang lebih tinggi dalam aspek kebersihan, keceriaan, kesihatan dan keselamatan sekolah.
评论
发表评论