Keratan ini diperoleh daripada berita Bernama yang betajuk " Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas". Isi dalam berita ini ialah kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon menceburi bidang pendidikan khas memandangkan banyak kekosongan perjawatan berkenaan di seluruh negara pada masa kini. Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bidang pendidikan khas adalah antara sektor yang perlu diberi perhatian semua pihak bagi membantu kerajaan meningkatkan pencapaian dan perubahan dalam pendidikan negara. Oleh itu, kerajaan menyeru bakal guru memohon untuk menceburi bidang ini dan kami pasti akan mengambil lebih banyak guru dan pembantu pengurusan murid bagi memenuhi keperluan tersebut pada masa depan.
Pengurusan pelbagai upaya sangat penting dalam sesebuah sekolah kerana semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan. Pengurusan yang khusus diperlukan kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu yang berkeperluan khas. Program pemulihan merupakan "satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan dalam 3M yang kompleks disebabkan faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus". Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah rendah diri, pasif, mengganggu rakan, kerap tidak hadir sekolah, lemah pemahaman, malas dan capat bosan. Kanak-kanak yang terdapat ciri-ciri diatas bolehlah menyertai program pemulihan.
Peranan guru dalam pengurusan pelbagai upaya ini ialah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan engikut personaliti murid. Selain itu, membentuk personaliti yang baik dalam diri setiap orang murid.
评论
发表评论