Selain itu, pekeliling yang kedua ini mengenai pelaksanaan amalan guru penyayang di sekolah. Tujuan pelaksanaan ini agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah dan meningkatkan sikap kependulian guru terhadap muridnya pada setiap masa.
Bimbingan merupakan satu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya . Dan penasihatan, menurut Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Bimbingan dan penasihatan adalah berbeza dengan kaunseling. Antara perbezaan bimbingan dan penasihatan dan kaunseling ialah bimbingan dan penasihatan berfokus kepada masalah yang dihadapi oleh individu dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Manakala kaunseling berfokus kepada individu yang bermasalah dan dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.
评论
发表评论